My Ummy's Collection: Infaq Ramadhan 1433 bersama Anak-anak Yatim Terpelajar

July 20, 2012

Infaq Ramadhan 1433 bersama Anak-anak Yatim Terpelajar


Assalamualaikum w.b.t. Muslimin & Muslimat sekalian.

Dengan rasa rendah hati, ingin saya kongsikan, kalau² ada di kalangan individu atau kenalan yang berminat untuk berinfaq sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubaraq ini bersama program kami.

Pihak kami sedang mengumpulkan dana untuk 23 orang anak² yatim/yatim piatu terpelajar yang kini masih belajar di MRSM Kuala Klawang, Jelebu. Untuk program julung kali ini, sebarang dana berbentuk wang tunai/barangan adalah dialu-alukan.

1) Dana Iftar Ramadhan - untuk menjamu anak² ini dalam majlis iftar nanti, insyaAllah (+RM80/pax)
2) Dana Solah - membeli telekung/ kain pelikat baru (+RM25/set)
3) Dana Eid Syawal - menghadiahkan set pakaian raya baru (+RM100/ set)
4) Dana Ikhlas Hati - sumbangan wang tunai (tiada min/max)

Kepada mana-mana pihak/ individu yang berminat, bolehlah menghubungi wakil kami, Cik Eyra, sama ada di facebook.com/myummyscollection atau melalui SMS 019-2210330 atau emailkan kepada fingertouch.kl@gmail.com.

Kami berharap agar kutipan dana/sumbangan ini dapat diperolehi sebaiknya sebelum 23 Julai 2012 kerana pihak kami juga perlu menyusun atur program Iftar dan majlis penyampaian dana tersebut nanti.

Semoga segala kebaikan yang saudara/saudari kongsikan bersama anak-anak ini, akan lebih mengimarahkan lagi Ramadhan kita semua sebaik meraikan mereka yang kurang bernasib baik. InsyaAllah.

Ikhlas kerana Allah s.w.t.
Eyra Mussfira
Pengarah Program Infaq Ramadhan 1433H bersama Anak2 Yatim
Wakil Persatuan bekas Pelajar MRSM Kuala Klawang (1989-2011)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Sila datang lagi!