My Ummy's Collection: Kutipan Dana Infaq Masjid Wakaf Panti Asuhan Titian Ridho Illahi

December 28, 2012

Kutipan Dana Infaq Masjid Wakaf Panti Asuhan Titian Ridho Illahi

Assalamualaikum w.b.t.
Buat semua penyokong setia My Ummy Collection... semoga cuti sekolah kali ini adalah lebih banyak mendekatkan diri anda semua di samping keluarga. Pasti pelbagai perancangan telah dibuat...dan pelbagai detik manis telah dikongsi. Mudah-mudahan Allah s.w.t. sentiaa merahmati kita semua.

Syukur juga kerana bagi kami di M.U.C. ini, kami berkesempatan untuk menyertai percutian sambil melawat ke Padang Sidimpuan, Medan, Indonesia. Dan alhamdulillah, kami telah menziarahi salah satu pusat kebajikan bagi rumah anak-anak yatim, miskin dan tahfiz dan digabung bersama rumah lindungan buat warga emas. Itulah rumah kebajikan yang terhasil daripada usaha 2 orang ustaz beradik yang lebih senang dikenali sebagai Tuan Na Lomok & Tuan Na Borkat.

Panti Asuhan Titian Ridho Illahi, Padang Sidimpuan, Medan, Indonesia.


Letaknya tempat ini, jauh beratus kilometer. Mengambil masa lebih kurang 12 jam+ perjalanan dari Kota Medan atau hampir 10jam+ dari Pelabuhan Dumai. Memang jauh sekali...off-road ya!

>>>Klik di sini untuk berkongsi lebih banyak pengalaman dan ceritera melalui gambar...

Dan sebagai sebahagian daripada memori, kami di MUC ini bertekad untuk menyokong Projek Pengumpulan Dana Infaq yang akan disalurkan sepenuhnya terus kepada Tabung Panti Asuhan PATRIYAS ini. Inshaa Allah, diharapkan agar lebih ramai di kalangan anda di sini yang akan menyokong usaha Malaysia Untuk Charity dalam membantu membangunkan pusat ini.



Untuk lebih maklumat, lawati blog khas aktiviti >>>Malaysia Untuk Charity<<< di sini.
Mudah-mudahan barokah segala keikhlasan kita dalam membantu mereka yang memerlukan ini.

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian artikel ini.
JazakALLAH hukhairo~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Sila datang lagi!