My Ummy's Collection: Masuk Dapur - Tempe Goreng Berperisa

April 11, 2011

Masuk Dapur - Tempe Goreng Berperisa

Mari masak tempe dengan resepi Rempah Rendang Tok Pak Ngah !

Bahan-bahannya:
* 1 peket tempe dipotong kecil
* 1/4 pek rempah rendang tok Pak Ngah (lagi banyak, lebih pedas)
* tepung goreng Kentucky
* sebiji telur ayam



3 langkah mudah:
1. Perap tempe dengan pes rempah rendang antara 10-20 minit.
2. Celup tempe tadi ke dalam telur dan salut dengan tepung Kentucky.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning-keemasan.


tadaa.. inilah dia. untuk mereka yang mungkin tak gemarkan tempe sebelum ni, bolehlah cuba. pasti anda akan suka. macam adik saya. dulu tak suka, sekarang bertambah persaingan kami!

p/s: tempe pun sejenis kacang soya. sehat untuk tubuh. cuma, goreng-goreng ni tak berapa sehatla kan :D

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Sila datang lagi!